SOALAN-SOALAN LATIHAN,UJIAN DAN RAMALAN.

Kami turut menyediakan soalan-soalan latihan ,ujian dan ramalan yang berkualiti.Sekiranya anda berminat sila hubungi email kami myjutawangaharu@gmail.com atau utz_sufi@yahoo.com.
JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMPEROLEH KECEMERLANGAN.
1.Soalan-soalan mengikut topik (Kualiti A +).
2.Soalan-soalan ujian bulanan ( Kualiti A+).
3.Soalan-soalan ujian pertengahan tahun (Kualiti A+).
4.Soalan-soalan Peperiksaa Akhir(Kualiti A+).
5.Soalan-soalan ramalan terkini (Kualiti A+).

Sunday, October 5, 2008

KOMSAS (Unsur Bunyi)

1.Rima=bunyi hujung yang terdapat pada satu-satu rangkap.(Rima pantun,a,b,a,b)(Rima Syair,a,a,a,a)(Rima sajak,berbentuk bebas).
2.Asonansi=perulangan huruf vokal dalam sesuatu baris.
3.Aliterasi=perulangan huruf konsonan dalam sesuatu baris.
4.Sinkof=Kata singkatan (engkau=kau,aku=ku,kamu=mu,tetapi=tapi).
5.Paradoks=kata yang mempunyai maksud bertentangan dengan maksud sebenar(benci tapi rindu,siang berwajah malam).
6.Inversi=bahasa songsang(tidak bererti hidupnya,diam membisu dia,dapat kita bertemu)

Tuesday, September 9, 2008

KOMSAS ( Baju Emas Sang Maharaja-Ting:1/Drama)

Sinopsis:
Nelayan dan anaknya.Si Anak bosan menjadi nelayan kerana tidak menjadi kaya.Bertemu dengan Si Petapa mahu memberinya baju emas Sang Maharaja dengan bersyarat.Si Anak bersetuju dengan segala syarat walaupun ayahnya melarang.Apabila memakainya si anak menjadi raja yang berkuasa tetapi sayangnya dia berubah sikap menjadi tamak dan melupakan kedua orang tuanya.Dia melanggar segala sumpah dan janjinya menyebabkan si Petapa mengambil kembali baju tersebut dan si anak kembali papa kedana.Si Anak sedar kesalahannya dan kembali kepada ayahnya.
Tema:
Penyalahgunaan kuasa oleh manusia.
Persoalan:
Besyukur dengan setiap yang ada
Sifat tamak dan haloba apabila berkuasa.
Berbudi bahasa dengan orang yang lebih tua.
Berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan.
Watak dan Perwatakan:
  1. Si Anak-Anak nelayan,tidak sabar,tamak,mungkir janji,mementingkan diri sendiri,salahguna kuasa.
  2. Nelayan Tua-Sabar,lemah lembut,berbudi bahasa,sentiasa bersyukur,tidak putus asa,suka menasihati anaknya.
  3. Petapa-Amanah,pemaaf.

Latar:

  1. Masa- boleh berlaku pada bila-bila masa.
  2. Tempat-Di dalam hutan,diIstana
  3. Masyarakat-Miskin,Kaya dan berkuasa yang zalim.

Plot:

  1. Permulaan- Nelayan Tua dan Si Anak Pulang daripada menangkap ikan bertemu denga orang yang bertapa.
  2. Perkembangan-Si Anak bertkar menjadi raja setelah memakai baju emas Sang Maharaja dan dia menjadi sombong serta zalim.
  3. Peleraian-Petama mengambil semula baju itu dan si anak menjadi insaf.

Nilai:

  1. Kasih-sayang.
  2. Hormat menghormati
  3. Bersopan santun
  4. Bersyukur
  5. Amanah.

Thursday, August 21, 2008

Kata Nama Am

  1. Kata nama am merujuk kepada sesuatu benda yang bernyawa dan tidak bernyawa secara umum.
  2. Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecali pada permulaan ayat.
  3. Kata nama am yang berbentuk majmuk dikira sebagai satu perkataan dalam pengiraan jumlah perkataan jika merujuk kepada perkara yang sama

Monday, July 7, 2008

TATABAHASA.(Kata Kerja)

Kata Kerja Transitif.
=Menerangkan perbuatan pelaku terhadap objek dan terdapat objek lain sebagai penyambut yang terdiri dari kata nama.
  • Kata Kerja Transitif Aktif.

=Berawalan meN- dengan akhiran -kan atau -i atau tanpa akhiran -kan atau -i (Contoh:menendang,mencari,menjahit,mencuci,memperbesarkan,membesarkan,menaiki,memperlakukan,memperbaharui)

=Objek berfungsi sebagai penyambut dalam kata kerja transitif aktif dan tidak boleh digugurkan.

  • Kata Kerja Transitif Pasif.

=Kata kerja yang digunakan pada ayat pasif.

Kata Kerja Tak Transitif.

  • Pelengkap.
  • Penerang.

Wednesday, July 2, 2008

TATABAHASA:Kata Adjektif

Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat,tugasnya menerangkan sifat keadaan,benda atau nama.Ia berfungsi sebagai predikat ayat.Kata Penguat boleh hadir bersama-sama kata adjektif.1.Kata adjektif silaan.(contoh:tinggi,besar,gemuk).2.Kata adjektif warna.(Contoh:hijau,biru,kuning).3.Kata adjektif ukuran.(Contoh:tebal,nipis,halus).4.Kata adjektif bentuk.(Contoh:bujur,bulat,bersegi).5.Kata adjektif waktu.(Contoh:lama,cepat,segera)6.Kata adjektif cara.(Contoh:cepat,lambat,lembab)7.Kata adjektif perasaan.(Contoh:gembira,suka,sedih)8.Kata adjektif pancaindera.(Contoh:manis,harum,merdu)9.Kata adjektif keadaan.(Contoh:tenang,sibuk,segar)10.Kata adjektif jarak.(Contoh:jauh,dekat,hampir)

Monday, June 30, 2008

Tatabahasa (Golongan Kata)

Kata Nama,Kata Ganti Nama,Kata Kerja,Kata Adjektif,Kata Hubung,Kata Tanya,Kata Seru,Kata Perintah,Kata Penguat,Kata Penegas,Kata Nafi,Kata Pemeri,Kata Sendi Nama,Kata Arah,Kata Bilangan,Kata Pascakata,Kata Bantu,Kata Majmuk,Kata Terbitan,Kata Ganda,Frasa,Ayat Tunggal,Ayat Tanya,Ayat Seru,Ayat Tunggal,Ayat Tunggal Susunan Biasa dan Ayat Tunggal Susunan Songsang,Ayat Aktif dan Ayat Pasif,Ayat Majmuk Gabungan,Ayat Majmuk Pancangan,Peribahasa

Tuesday, June 17, 2008

KARANGAN (PEMARKAHAN FORMAT BAGI KARANGAN BERFORMAT)

Dalam menyemak karangan berformat sistem pemarkahan bagi karangan untuk format adalah seperti berikut.

  • Karangan Wawancara:
  • 1.jika ditulis dalam bentuk karangan biasa akan ditolak 3 markah.
  • Karangan Ucapan/Syarahan/Ceramah/Perbahasan:
  • 1.Tidak berformat ditolak 3 markah.
  • 2.Tiada kata aluan ditolak 1 markah.
  • 3.Sekiranya tidak menulis perkataan "hadirin" ditengah-tengah tolak 1 markah.
  • 4.Tiada kata penutup ditolak 1 markah.
  • Karangan Rencana/Ulasan/Laporan:
  • 1.Sekiranya ditulis bentuk karangan biasa ditolak 1markah.
  • 2.Tidak menulis tajuk ditolak 1 markah.
  • 3.Tidak menulis nama pengarang buku ditolak 1 markah.
  • 4.Tiada nama penulis ditolak 1 markah.
  • 5.Jawatan pelapor tidak dicatat ,ditolak 1 markah.
  • Karangan Surat Kiriman Rasmi:
  • 1.Tiada alamat sebelah kiri ditolak 1 markah.
  • 2.Tiada alamat penerima ditolak 1 markah.
  • 3.Tiada tarikh ditolak 1 markah.
  • 4.Tiada menghadap surat -tolak 1 markah.
  • 5.Tiada tajuk/perkara-tolak 1 markah.
  • 6.Tiada penutup-tolak 1 markah.
  • 7.Tiada tandatangan-tolak 1 markah.
  • Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi:
  • 1.Tiada alamat sebelah kanan-tolak 1 markah.
  • 2.Tiada menghadap surat-tolak 1 markah.
  • 3.Tiada perenggan-tolak 1 markah.
  • 4.Tiada penutup-tolak 1 markah.
  • 5.Tiada tandatangan-tolak 1 markah.

Monday, June 16, 2008

TATABAHASA (Kata Nama Am dan Kata Nama Khas/Kata Ganti Nama Diri/Kata Ganti Nama Diri Tanya).

KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS.

  • KATA NAMA AM=merujuk kepada manusia,benda,tempat,binatang,tumbuhan dan lain-lain sama ada boleh dilihat atau tidak boleh dilihat,boleh dirasa atau tidak boleh dirasa.Kata nama am ditulis menggunakan huruf kecil kecuali pada permualaan ayat atau selepas noktah atau titik.
  • KATA NAMA KHAS=Merujuk kepada manusia,benda,tempat,binatang,tumbuhan dan lain-lain sama ada boleh dilihat atau tidak dan ianya hanya dikhususkan kepadanya dan tidak kepada yang lain.Kata nama khas ditulis dengan huruf besar di awal perkataannya.

KATA GANTI NAMA DIRI.

  1. Digunakan untuk menggantikan kata nama orang.Terdapat tiga jenis kata ganti nama diri.
  • Kata ganti diri pertama iaitu perkataan yang digunakan untuk mengantikan nama diri penutur seperti "saya,aku,ku,hamba,patik,beta,kami,kita".
  • Kata ganti diri kedua iaitu perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang sedang bercakap dengan penutur seperti"awak,kau,kamu,engkau,tuan,cik,puan, tuan hamba,saudara".
  • Kata ganti nama diri ketiga iaitu perkataan yang digunakan untuk orang yang tiada bersama dengan penutur pertama dan kedua seperti "dia,beliau,ia,baginda,nya,mereka".

KATA GANTI NAMA DIRI TANYA.

  1. Merupakan jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda,perkara atau manusia.
  2. Terdapat tiga bentuk:
  • "Siapa"-merujuk kepada orang.
  • "Apa"-merujuk kepada benda.
  • "Mana"-merujuk kepada tempat,orang dan benda.

TATABAHASA:Kata Adjektif

Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat,tugasnya menerangkan sifat keadaan,benda atau nama.Ia berfungsi sebagai predikat ayat.Kata Penguat boleh hadir bersama-sama kata adjektif.
1.Kata adjektif silaan.(contoh:tinggi,besar,gemuk).
2.Kata adjektif warna.(Contoh:hijau,biru,kuning).
3.Kata adjektif ukuran.(Contoh:tebal,nipis,halus).
4.Kata adjektif bentuk.(Contoh:bujur,bulat,bersegi).
5.Kata adjektif waktu.(Contoh:lama,cepat,segera)
6.Kata adjektif cara.(Contoh:cepat,lambat,lembab)
7.Kata adjektif perasaan.(Contoh:gembira,suka,sedih)
8.Kata adjektif pancaindera.(Contoh:manis,harum,merdu)
9.Kata adjektif keadaan.(Contoh:tenang,sibuk,segar)
10.Kata adjektif jarak.(Contoh:jauh,dekat,hampir)

About Me

My photo
Kacak,kaya,baik,sopan,berbudi,berbahasa
Myspace Layouts Myspace Layouts
Myspace layouts and codes made at Free myspace layouts| Free myspace comments | Funny images