SOALAN-SOALAN LATIHAN,UJIAN DAN RAMALAN.

Kami turut menyediakan soalan-soalan latihan ,ujian dan ramalan yang berkualiti.Sekiranya anda berminat sila hubungi email kami myjutawangaharu@gmail.com atau utz_sufi@yahoo.com.
JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMPEROLEH KECEMERLANGAN.
1.Soalan-soalan mengikut topik (Kualiti A +).
2.Soalan-soalan ujian bulanan ( Kualiti A+).
3.Soalan-soalan ujian pertengahan tahun (Kualiti A+).
4.Soalan-soalan Peperiksaa Akhir(Kualiti A+).
5.Soalan-soalan ramalan terkini (Kualiti A+).

Tuesday, September 9, 2008

KOMSAS ( Baju Emas Sang Maharaja-Ting:1/Drama)

Sinopsis:
Nelayan dan anaknya.Si Anak bosan menjadi nelayan kerana tidak menjadi kaya.Bertemu dengan Si Petapa mahu memberinya baju emas Sang Maharaja dengan bersyarat.Si Anak bersetuju dengan segala syarat walaupun ayahnya melarang.Apabila memakainya si anak menjadi raja yang berkuasa tetapi sayangnya dia berubah sikap menjadi tamak dan melupakan kedua orang tuanya.Dia melanggar segala sumpah dan janjinya menyebabkan si Petapa mengambil kembali baju tersebut dan si anak kembali papa kedana.Si Anak sedar kesalahannya dan kembali kepada ayahnya.
Tema:
Penyalahgunaan kuasa oleh manusia.
Persoalan:
Besyukur dengan setiap yang ada
Sifat tamak dan haloba apabila berkuasa.
Berbudi bahasa dengan orang yang lebih tua.
Berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan.
Watak dan Perwatakan:
  1. Si Anak-Anak nelayan,tidak sabar,tamak,mungkir janji,mementingkan diri sendiri,salahguna kuasa.
  2. Nelayan Tua-Sabar,lemah lembut,berbudi bahasa,sentiasa bersyukur,tidak putus asa,suka menasihati anaknya.
  3. Petapa-Amanah,pemaaf.

Latar:

  1. Masa- boleh berlaku pada bila-bila masa.
  2. Tempat-Di dalam hutan,diIstana
  3. Masyarakat-Miskin,Kaya dan berkuasa yang zalim.

Plot:

  1. Permulaan- Nelayan Tua dan Si Anak Pulang daripada menangkap ikan bertemu denga orang yang bertapa.
  2. Perkembangan-Si Anak bertkar menjadi raja setelah memakai baju emas Sang Maharaja dan dia menjadi sombong serta zalim.
  3. Peleraian-Petama mengambil semula baju itu dan si anak menjadi insaf.

Nilai:

  1. Kasih-sayang.
  2. Hormat menghormati
  3. Bersopan santun
  4. Bersyukur
  5. Amanah.

No comments:

TATABAHASA:Kata Adjektif

Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat,tugasnya menerangkan sifat keadaan,benda atau nama.Ia berfungsi sebagai predikat ayat.Kata Penguat boleh hadir bersama-sama kata adjektif.
1.Kata adjektif silaan.(contoh:tinggi,besar,gemuk).
2.Kata adjektif warna.(Contoh:hijau,biru,kuning).
3.Kata adjektif ukuran.(Contoh:tebal,nipis,halus).
4.Kata adjektif bentuk.(Contoh:bujur,bulat,bersegi).
5.Kata adjektif waktu.(Contoh:lama,cepat,segera)
6.Kata adjektif cara.(Contoh:cepat,lambat,lembab)
7.Kata adjektif perasaan.(Contoh:gembira,suka,sedih)
8.Kata adjektif pancaindera.(Contoh:manis,harum,merdu)
9.Kata adjektif keadaan.(Contoh:tenang,sibuk,segar)
10.Kata adjektif jarak.(Contoh:jauh,dekat,hampir)

About Me

My photo
Kacak,kaya,baik,sopan,berbudi,berbahasa
Myspace Layouts Myspace Layouts
Myspace layouts and codes made at Free myspace layouts| Free myspace comments | Funny images