SOALAN-SOALAN LATIHAN,UJIAN DAN RAMALAN.

Kami turut menyediakan soalan-soalan latihan ,ujian dan ramalan yang berkualiti.Sekiranya anda berminat sila hubungi email kami myjutawangaharu@gmail.com atau utz_sufi@yahoo.com.
JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMPEROLEH KECEMERLANGAN.
1.Soalan-soalan mengikut topik (Kualiti A +).
2.Soalan-soalan ujian bulanan ( Kualiti A+).
3.Soalan-soalan ujian pertengahan tahun (Kualiti A+).
4.Soalan-soalan Peperiksaa Akhir(Kualiti A+).
5.Soalan-soalan ramalan terkini (Kualiti A+).

Monday, June 30, 2008

Tatabahasa (Golongan Kata)

Kata Nama,Kata Ganti Nama,Kata Kerja,Kata Adjektif,Kata Hubung,Kata Tanya,Kata Seru,Kata Perintah,Kata Penguat,Kata Penegas,Kata Nafi,Kata Pemeri,Kata Sendi Nama,Kata Arah,Kata Bilangan,Kata Pascakata,Kata Bantu,Kata Majmuk,Kata Terbitan,Kata Ganda,Frasa,Ayat Tunggal,Ayat Tanya,Ayat Seru,Ayat Tunggal,Ayat Tunggal Susunan Biasa dan Ayat Tunggal Susunan Songsang,Ayat Aktif dan Ayat Pasif,Ayat Majmuk Gabungan,Ayat Majmuk Pancangan,Peribahasa

Tuesday, June 17, 2008

KARANGAN (PEMARKAHAN FORMAT BAGI KARANGAN BERFORMAT)

Dalam menyemak karangan berformat sistem pemarkahan bagi karangan untuk format adalah seperti berikut.

  • Karangan Wawancara:
  • 1.jika ditulis dalam bentuk karangan biasa akan ditolak 3 markah.
  • Karangan Ucapan/Syarahan/Ceramah/Perbahasan:
  • 1.Tidak berformat ditolak 3 markah.
  • 2.Tiada kata aluan ditolak 1 markah.
  • 3.Sekiranya tidak menulis perkataan "hadirin" ditengah-tengah tolak 1 markah.
  • 4.Tiada kata penutup ditolak 1 markah.
  • Karangan Rencana/Ulasan/Laporan:
  • 1.Sekiranya ditulis bentuk karangan biasa ditolak 1markah.
  • 2.Tidak menulis tajuk ditolak 1 markah.
  • 3.Tidak menulis nama pengarang buku ditolak 1 markah.
  • 4.Tiada nama penulis ditolak 1 markah.
  • 5.Jawatan pelapor tidak dicatat ,ditolak 1 markah.
  • Karangan Surat Kiriman Rasmi:
  • 1.Tiada alamat sebelah kiri ditolak 1 markah.
  • 2.Tiada alamat penerima ditolak 1 markah.
  • 3.Tiada tarikh ditolak 1 markah.
  • 4.Tiada menghadap surat -tolak 1 markah.
  • 5.Tiada tajuk/perkara-tolak 1 markah.
  • 6.Tiada penutup-tolak 1 markah.
  • 7.Tiada tandatangan-tolak 1 markah.
  • Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi:
  • 1.Tiada alamat sebelah kanan-tolak 1 markah.
  • 2.Tiada menghadap surat-tolak 1 markah.
  • 3.Tiada perenggan-tolak 1 markah.
  • 4.Tiada penutup-tolak 1 markah.
  • 5.Tiada tandatangan-tolak 1 markah.

Monday, June 16, 2008

TATABAHASA (Kata Nama Am dan Kata Nama Khas/Kata Ganti Nama Diri/Kata Ganti Nama Diri Tanya).

KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS.

  • KATA NAMA AM=merujuk kepada manusia,benda,tempat,binatang,tumbuhan dan lain-lain sama ada boleh dilihat atau tidak boleh dilihat,boleh dirasa atau tidak boleh dirasa.Kata nama am ditulis menggunakan huruf kecil kecuali pada permualaan ayat atau selepas noktah atau titik.
  • KATA NAMA KHAS=Merujuk kepada manusia,benda,tempat,binatang,tumbuhan dan lain-lain sama ada boleh dilihat atau tidak dan ianya hanya dikhususkan kepadanya dan tidak kepada yang lain.Kata nama khas ditulis dengan huruf besar di awal perkataannya.

KATA GANTI NAMA DIRI.

  1. Digunakan untuk menggantikan kata nama orang.Terdapat tiga jenis kata ganti nama diri.
  • Kata ganti diri pertama iaitu perkataan yang digunakan untuk mengantikan nama diri penutur seperti "saya,aku,ku,hamba,patik,beta,kami,kita".
  • Kata ganti diri kedua iaitu perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang sedang bercakap dengan penutur seperti"awak,kau,kamu,engkau,tuan,cik,puan, tuan hamba,saudara".
  • Kata ganti nama diri ketiga iaitu perkataan yang digunakan untuk orang yang tiada bersama dengan penutur pertama dan kedua seperti "dia,beliau,ia,baginda,nya,mereka".

KATA GANTI NAMA DIRI TANYA.

  1. Merupakan jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda,perkara atau manusia.
  2. Terdapat tiga bentuk:
  • "Siapa"-merujuk kepada orang.
  • "Apa"-merujuk kepada benda.
  • "Mana"-merujuk kepada tempat,orang dan benda.

TATABAHASA:Kata Adjektif

Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat,tugasnya menerangkan sifat keadaan,benda atau nama.Ia berfungsi sebagai predikat ayat.Kata Penguat boleh hadir bersama-sama kata adjektif.
1.Kata adjektif silaan.(contoh:tinggi,besar,gemuk).
2.Kata adjektif warna.(Contoh:hijau,biru,kuning).
3.Kata adjektif ukuran.(Contoh:tebal,nipis,halus).
4.Kata adjektif bentuk.(Contoh:bujur,bulat,bersegi).
5.Kata adjektif waktu.(Contoh:lama,cepat,segera)
6.Kata adjektif cara.(Contoh:cepat,lambat,lembab)
7.Kata adjektif perasaan.(Contoh:gembira,suka,sedih)
8.Kata adjektif pancaindera.(Contoh:manis,harum,merdu)
9.Kata adjektif keadaan.(Contoh:tenang,sibuk,segar)
10.Kata adjektif jarak.(Contoh:jauh,dekat,hampir)

About Me

My photo
Kacak,kaya,baik,sopan,berbudi,berbahasa
Myspace Layouts Myspace Layouts
Myspace layouts and codes made at Free myspace layouts| Free myspace comments | Funny images