SOALAN-SOALAN LATIHAN,UJIAN DAN RAMALAN.

Kami turut menyediakan soalan-soalan latihan ,ujian dan ramalan yang berkualiti.Sekiranya anda berminat sila hubungi email kami myjutawangaharu@gmail.com atau utz_sufi@yahoo.com.
JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMPEROLEH KECEMERLANGAN.
1.Soalan-soalan mengikut topik (Kualiti A +).
2.Soalan-soalan ujian bulanan ( Kualiti A+).
3.Soalan-soalan ujian pertengahan tahun (Kualiti A+).
4.Soalan-soalan Peperiksaa Akhir(Kualiti A+).
5.Soalan-soalan ramalan terkini (Kualiti A+).

Tuesday, June 17, 2008

KARANGAN (PEMARKAHAN FORMAT BAGI KARANGAN BERFORMAT)

Dalam menyemak karangan berformat sistem pemarkahan bagi karangan untuk format adalah seperti berikut.

  • Karangan Wawancara:
  • 1.jika ditulis dalam bentuk karangan biasa akan ditolak 3 markah.
  • Karangan Ucapan/Syarahan/Ceramah/Perbahasan:
  • 1.Tidak berformat ditolak 3 markah.
  • 2.Tiada kata aluan ditolak 1 markah.
  • 3.Sekiranya tidak menulis perkataan "hadirin" ditengah-tengah tolak 1 markah.
  • 4.Tiada kata penutup ditolak 1 markah.
  • Karangan Rencana/Ulasan/Laporan:
  • 1.Sekiranya ditulis bentuk karangan biasa ditolak 1markah.
  • 2.Tidak menulis tajuk ditolak 1 markah.
  • 3.Tidak menulis nama pengarang buku ditolak 1 markah.
  • 4.Tiada nama penulis ditolak 1 markah.
  • 5.Jawatan pelapor tidak dicatat ,ditolak 1 markah.
  • Karangan Surat Kiriman Rasmi:
  • 1.Tiada alamat sebelah kiri ditolak 1 markah.
  • 2.Tiada alamat penerima ditolak 1 markah.
  • 3.Tiada tarikh ditolak 1 markah.
  • 4.Tiada menghadap surat -tolak 1 markah.
  • 5.Tiada tajuk/perkara-tolak 1 markah.
  • 6.Tiada penutup-tolak 1 markah.
  • 7.Tiada tandatangan-tolak 1 markah.
  • Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi:
  • 1.Tiada alamat sebelah kanan-tolak 1 markah.
  • 2.Tiada menghadap surat-tolak 1 markah.
  • 3.Tiada perenggan-tolak 1 markah.
  • 4.Tiada penutup-tolak 1 markah.
  • 5.Tiada tandatangan-tolak 1 markah.

No comments:

TATABAHASA:Kata Adjektif

Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat,tugasnya menerangkan sifat keadaan,benda atau nama.Ia berfungsi sebagai predikat ayat.Kata Penguat boleh hadir bersama-sama kata adjektif.
1.Kata adjektif silaan.(contoh:tinggi,besar,gemuk).
2.Kata adjektif warna.(Contoh:hijau,biru,kuning).
3.Kata adjektif ukuran.(Contoh:tebal,nipis,halus).
4.Kata adjektif bentuk.(Contoh:bujur,bulat,bersegi).
5.Kata adjektif waktu.(Contoh:lama,cepat,segera)
6.Kata adjektif cara.(Contoh:cepat,lambat,lembab)
7.Kata adjektif perasaan.(Contoh:gembira,suka,sedih)
8.Kata adjektif pancaindera.(Contoh:manis,harum,merdu)
9.Kata adjektif keadaan.(Contoh:tenang,sibuk,segar)
10.Kata adjektif jarak.(Contoh:jauh,dekat,hampir)

About Me

My photo
Kacak,kaya,baik,sopan,berbudi,berbahasa
Myspace Layouts Myspace Layouts
Myspace layouts and codes made at Free myspace layouts| Free myspace comments | Funny images